Search This Blog

Monday, August 10

Mendidik Anak Kecil Cara Islam




Kaedah ini merupakan kaedah-kaedah dan cara mendidik anak kecil yang disyorkan oleh agama islam. Setiap apa yang di anjurkan oleh agama adalah kaedah yang terbaik dan bermanfaat buat kita semua.

Kaedah-kaedahnya :

  1. Di bawa bersiar-siar : Anak-anak tidak seharusnya di bawa keluar atau bersiar-siar kecuali setelah berumur 3 bulan ke atas. Ini kerana dia masih harus menyesuaikan diri dengan keadaan sekitarnya setelah keluar dari perut ibunya.

  2. Makanan : Makanan seharusnya di berikan secara bertahap sepertimana yang telah disyorkan oleh doktor. Yang pertama kali harus diberikan adalah roti yang di rendam dengan air suam atau air susu. Kemudian disusuli dengan bubur, kuah daging lalu daging yang halus.

  3. Bercakap : Jika anak hampir mula bercakap, sapukan madu dan garam pada lidahnya sebab keduanya itu dapat menyegarkan lidahnya sehingga memudahkan untuk dia bercakap. Jika anak dah benar-benar mampu bercakap, hendaklah diajar mengucap dua kalimah syadah.

  4. Gigi : Jika giginya mulai tumbuh, maka setiap hari hendaklah digosok dengan mentega dan keju. Lehernya hendaklah diminyaki dan keadaanya harus dipantau setiap hari agar tidak memakan makanan keras. Kerana di takuti giginya rosak.

  5. Suka menangis : Orang tua tidak perlu risau atau cemas sekiranya anak suka menangis kerana menangis memanfaatkan baginya iaitu mampu menyegarkan anggota tubuhnya, melebarkan ususnya, melapangkan dadanya, melancarkan otaknya, menghilangkan pengendapan dan sebagainya.

  6. Tidak beleh meremehkan aktiviti anak : Jika anak mengalami kesulitan ketika duduk di atas lantai, maka anak seharusnya di latih dengan cara yang pelbagai gerak seperti berdiri jika sampai waktu berdiri.

  7. Anak dihindarkan dari suara keras dan bising : Suara yang kuat dan bising, pandangan yang ngeri, gerakan yang mengejutkan perlu dihindar. Sebab boleh jadi, hal-hal sebegini mengganggu kekuatan akalnya sehingga mengganggu perkembangan akal setelah dewasa. Jika anak mengalami hal yang sebegini, maka anak harus cepat-cepat di tenangkan dan diberi air susu. Boleh juga ditidurkan agar cepat melupakannya. Masalah sebegini tidak boleh diremehkan kerna jika rasa terkejutnya tidak segera dihilangkan, maka pengaruhnya masih tersimpan di dalam dada dan sukar hilang sehingga dewasa

  8. Jangan terlalu kenyang : anak tidak seharusnya diberi makan sehingga terlalu kenyang. Yang paling baik tidak terlalu kenyang agar proses pencernaannya berjalan dengan lancar dan tidak terlalu pesat pertumbuhan tubuhnya.

  9. Mulai berjalan : Anak tidak boleh di ajar berjalan sehingga tiba saatnya berjalan sebab jika dipaksa akan menyebabkan kakinya bengkok kerana dia masih lemah dan belum mampu menerimanya.

No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"

Followers