Search This Blog

Tuesday, August 11

Mengatasi Anak Malas Belajar


Perkara ini seringkali menjadi masalah kepada ibubapa sekalipun kepada diri kita juga. Anak yang tidak mahu belajar atau malas untuk membaca buku pelajaran seringkali menjadi keluhan ibubapa. Sememmangnya mereka lebih suka menonton televisyen atau bermain dengan teman-teman sebaya. Di sini ingin kita pelajari bagaimana untuk mengatasi anak daripada malas belajar :


Berikut adalah tip untuk mengatasi anak malas belajar :


  • Tanamkan kesedaran kepada anak bahawa belajar adalah satu kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang hasilnya akan di raih di masa hadapan.

  • Berikan contoh kepada anak. Ibubapa perlu turut membaca buku-buku yang bermanfaat saat anak sedang belajar.

  • Ibubapa sebaiknya juga turut menanamkan budaya membaca di dalan keluarga.

  • Ciptakan suasana belajar yang menyenangkan. Buat ruang belajar yang menarik, rapi yang tidak membuat anak malas di dalam ruang belajar.

  • Berikan motivasi kepada anak untuk belajar dengan cara yang baik, adakan pendekatan sambil menyelami hati anak denganmenjadikan anak sebagai sahabat, Jangan menyuruh anak belajar dengan cara memaksa anak, apalagi dengan cara kasar.

  • Berikan insentif kepada anak, baik berupa hadiah kesukaan mereka atau sekadar pujian jika nilai peperiksaan anak bagus.

  • Sebaiknya ibubapa lebih terbuka dengan anak dengan menanyakan permasalahan yang dia hadapi, kenapa malas belajar, apa yng buat dia semangat belajar dan sebagainya. Bantu anak untuk mengatasi permasalahan tersebut.

  • Pilih waktu yang tepat untuk anak belajar.

  • Jadikan waktu belajar ini menjadi kebiasaan rutin harian, dan sebaiknya ibubapa juga menemani dan membantu jika anak mengalami kesulitan.

  • Selain waktu belajar yang rutin, sediakan juga waktu yang cukup untuk bermain, menonton dan berinteraksi dengan teman-temannya.

Monday, August 10

Mendidik Anak Kecil Cara Islam




Kaedah ini merupakan kaedah-kaedah dan cara mendidik anak kecil yang disyorkan oleh agama islam. Setiap apa yang di anjurkan oleh agama adalah kaedah yang terbaik dan bermanfaat buat kita semua.

Kaedah-kaedahnya :

  1. Di bawa bersiar-siar : Anak-anak tidak seharusnya di bawa keluar atau bersiar-siar kecuali setelah berumur 3 bulan ke atas. Ini kerana dia masih harus menyesuaikan diri dengan keadaan sekitarnya setelah keluar dari perut ibunya.

  2. Makanan : Makanan seharusnya di berikan secara bertahap sepertimana yang telah disyorkan oleh doktor. Yang pertama kali harus diberikan adalah roti yang di rendam dengan air suam atau air susu. Kemudian disusuli dengan bubur, kuah daging lalu daging yang halus.

  3. Bercakap : Jika anak hampir mula bercakap, sapukan madu dan garam pada lidahnya sebab keduanya itu dapat menyegarkan lidahnya sehingga memudahkan untuk dia bercakap. Jika anak dah benar-benar mampu bercakap, hendaklah diajar mengucap dua kalimah syadah.

  4. Gigi : Jika giginya mulai tumbuh, maka setiap hari hendaklah digosok dengan mentega dan keju. Lehernya hendaklah diminyaki dan keadaanya harus dipantau setiap hari agar tidak memakan makanan keras. Kerana di takuti giginya rosak.

  5. Suka menangis : Orang tua tidak perlu risau atau cemas sekiranya anak suka menangis kerana menangis memanfaatkan baginya iaitu mampu menyegarkan anggota tubuhnya, melebarkan ususnya, melapangkan dadanya, melancarkan otaknya, menghilangkan pengendapan dan sebagainya.

  6. Tidak beleh meremehkan aktiviti anak : Jika anak mengalami kesulitan ketika duduk di atas lantai, maka anak seharusnya di latih dengan cara yang pelbagai gerak seperti berdiri jika sampai waktu berdiri.

  7. Anak dihindarkan dari suara keras dan bising : Suara yang kuat dan bising, pandangan yang ngeri, gerakan yang mengejutkan perlu dihindar. Sebab boleh jadi, hal-hal sebegini mengganggu kekuatan akalnya sehingga mengganggu perkembangan akal setelah dewasa. Jika anak mengalami hal yang sebegini, maka anak harus cepat-cepat di tenangkan dan diberi air susu. Boleh juga ditidurkan agar cepat melupakannya. Masalah sebegini tidak boleh diremehkan kerna jika rasa terkejutnya tidak segera dihilangkan, maka pengaruhnya masih tersimpan di dalam dada dan sukar hilang sehingga dewasa

  8. Jangan terlalu kenyang : anak tidak seharusnya diberi makan sehingga terlalu kenyang. Yang paling baik tidak terlalu kenyang agar proses pencernaannya berjalan dengan lancar dan tidak terlalu pesat pertumbuhan tubuhnya.

  9. Mulai berjalan : Anak tidak boleh di ajar berjalan sehingga tiba saatnya berjalan sebab jika dipaksa akan menyebabkan kakinya bengkok kerana dia masih lemah dan belum mampu menerimanya.

Sunday, August 9

Selamat Datang

Selamat datang ke blog saya. Didikan Dan Kehidupan Masa Kini merupakan dua aspek yang sangat-sangat penting dalam diri individu masing-masing. Majoriti masyarakat pada hari ini seringkali mengalami masalah tentang kehidupan yang di jalani setiap hari dan seterusnya membawa kepada kerosakan, kehancuran dan sebagainya. Manakala didikan pula mempengaruhi kehidupan sesetengah individu yang sewajarnya di beri perhatian penuh untuk terus mara dan berani menempuh kehidupan di era globalisasi yang semakin maju ini. Insyaallah, blog ini akan membincangkan tentang bagaimana untuk kita menjalani kehidupan yang sihat, berjaya dan seterusnya didikan yang sepatutnya dititikberatkan pada diri. Di dalam blog ini juga merangkumi pelbagai aspek dan topik untuk kita kongsi bersama. Dengan ini, saya mengajak saudara dan saudari untuk kita berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan bagi membina kehidupan dan didikan yang lebih sempurna.... Insyaallah........

Followers